aplikasi

Bagi anda yang meminati pemain bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo, kini terdapat sebuah aplikasi khusus yang disediakan untuk anda dan membolehkan anda merakamkan gambar selfie bersama-sama bintang bola sepak kegemaran ramai tersebut.

ia Dinamakan sebagai CR7Selfie, apps ini membawakan beberapa rekaan tema yang berbeza dengan wajah Cristiano Ronaldo.

Anda boleh merakamkan gambar selfie dengan memilih daripada lebih daripada 68 gaya Cristiano Ronaldo yang berbeza, sebelum berkongsi gambar tersebut di laman sosial.

image via Ad Week

Walaubagaimanapun, apps  ini tidak ditawarkan secara percuma, sebaliknya ditawarkan pada harga RM8.99. Setiap muat-turun aplikasi ini juga dikatakan akan membantu badan amal “Save The Children”.

LEAVE A REPLY