apa

Beribu-ribu umat Islam dijangka akan berdemonstrasi  di beberapa lokasi utama di Jakarta bagi membantah tindakan Gabenornya, yang merupakan seorang etnik Cina Kristian yang didakwa telah menghina Al-Quran.

Polis Jakarta berkata terdapat beribu-ribu kenyataan provokotif telah dibuat dan ditujukan kepada Gabenor Basuki Tjahja Purnama atau Ahok di media sosial khususnya Facebook dan Twitter.

“Kami telah melihat kenyataan yang berbentuk perkauman atau etnik telah memecah-belahkan perpaduan masyarakat Indonesia dan kebanyakkan komen yang tersebar menunjukkan sentimen anti-Cina,” kata jurucakap polis Jakarta, Awi Setiyono.

ApaBeliau berkata polis sedang meningkatkan rondaan dan pemantauan dalam talian bagi menangkis sebarang ancaman yang akan dihadapi semasa demonstrasi yang dijalankan esok. Kira-kira 18,000 anggota polis dan tentera akan dikerahkan untuk mengawal situasi semasa protes dibuat.

Walaubagaimanapun, penganalisis politik mengecam tindakan kerajaan Indonesia yang dilihat sambil lewa dalam isu ini di mana majoriti kumpulan Islam konservatif akan terus melakukan provokasi ke atas Ahok menjelang pilihanraya gabenor tahun depan.

“Pemimpin-pemimpin politik Indonesia yang telah membenarkan pelampau agama   membangkitkan kebencian terhadap kaum lain ,” kata pakar keselamatan Sidney Jones .

Polis sedang menyiasat kenyataan Ahok yang didakwa menghina Islam selepas dia berkata lawannya telah menipu pengundi dengan menyerang beliau dengan menggunakan ayat dari Al-Quran. Ahok telah memohon maaf di atas kenyataan tersebut.

Pemimpin Barisan Pembela Islam (FPI), menegaskan protes pada hari esok akan menjadi aman.

“Ini bukan anti-Kristian atau tindakan anti-Cina,” kata Habib Riziek.

Sentimen Anti-Cina

Penduduk Indonesia yang berjumlah 250 juta orang termasuk 3 juta etnik Cina, di mana majoritinya adalah beragama  Kristian. Masyarakat Cina telah menghadapi penganiayaan dan keganasan pada masa lalu terutamanya selepas Suharto digulingkan pada tahun 1998.

Beratus-ratus orang terbunuh dan beribu-ribu etnik Cina lari dari negara itu selepas perusuh mengamuk di Jakarta, merampas dan membakar kedai-kedai dan rumah-rumah milik Cina.

Beberapa bimbang sentimen anti-Cina dan ketegangan agama sekali lagi meningkat menjelang pilihan raya gabenor Jakarta pada bulan Februari.

Kerajaan seolah-olah mengelak daripada menangani ketegangan yang semakin meningkat sebaliknya menggunakan alasan untuk melindungi hak kebebasan bersuara dan berhimpun oleh rakyatnya.

Awal minggu ini, Presiden Joko Widodo telah bertemu dengan beberapa pemimpin-pemimpin parti yang menyokong dua calon lain. Mereka dikatakan telah menggunakan kumpulan Islam radikal bagi mewujudkan ketegangan agama dan kekecohan.

Dalam kenyataan bersama, pemimpin-pemimpin politik dan agama menggesa penunjuk perasaan untuk berhimpun secara aman.

Menteri Komunikasi Rudiantara berkata kerajaan sedang berusaha untuk menangkis sebarang kenyataan bersifat provokasi agama.

“Sesungguhnya, media sosial yang menyumbang kepada keadaan semasa,” katanya. “Presiden telah menyatakan dengan jelas perpaduan Indonesia adalah tidak boleh dirunding.”

Presiden Widodo berkhidmat sebagai Gabenor Jakarta untuk tempoh 2 tahun sebelum memenangi jawatan presiden pada tahun 2014. Popularitinya telah mengembalikan tampuk kuasa kepada Parti Indonesia Demokratik Perjuangan (PDI-P), yang telah menghabiskan satu dekad sebagai paksi pembangkang .

Satu daripada pesaing dalam perlumbaan gabenor adalah anak kepada bekas Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Ahok, yang mengambil alih daripada Widodo sebagai gabenor, telah mendapat reputasi sebagai seorang tokoh pembaharuan dan anti-rasuah, dan kekal sebagai peneraju dalam undian umum.

LEAVE A REPLY