anzalna nasir
Cover image via @anzalnanasir88

Perkongsian gambar mangga oleh Anzalna Nasir baru baru ini nampaknya mencetuskan rasa gembira di kalangan peminatnya sehingga ada yang memberi bayangan bahawa pelakon ini sudah pun mengandung.

anzalnaBagaimanapun menurut Anzalna, perkara tersebut sama sekali tidak berkaitan dan niatnya memuatnaik gambar yang boleh tahan menggiurkan hanyalah untuk berkongsi dengan peminat tentang buah kegemarannya itu.

“Sebenarnya saya suka makan buah mangga, jadi niat saya memuat naik gambar tersebut di instagram bukan bermaksud nak beritahu saya sedang mengidam hamil. Sebelum berkahwin tak ada isu pula kalau makan makanan masam, bila dah kahwin orang fikir begitu pula ya”

“Saya tak berkecil hati dengan pertanyaan peminat, sebaliknya saya menganggap mereka ambil tahu tentang diri saya kerana sayang dan tak sabar nak tengok saya memiliki anak sendiri,” jelasnya.

Tambah Anzalna, dia menyerahkan soal rezeki untuk bercahaya mata kepada Allah dan tidak mahu terkesan dengan kata-kata orang selain berterima kasih kepada peminat yang sentiasa mendoakan agar dia dan pasangan cepat menimang cahaya mata.

Baca lagi: Anzalna Nasir Berat Hati Tinggalkan Suami Dirumah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here