tibai
Foto oleh FMT

SIAPA tidak mengenali Muhammad Zahid Md Arip?

Pasti ramai mengenalinya kerana individu inilah yang menubuhkan NGO Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) dan beliau sendiri memegang jawatan Mursyidul Am pada 18 April 2012 dahulu.

Semasa era reformasi sekitar 1998, nama Muhammad Zahid ini merupakan antara anak muda yang menjadi ayam sabung kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipecat dari UMNO.

Muhammad Zahid yang pernah memegang jawatan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan ini akhirnya mengambil keputusan meninggalkan perjuangan parti itu kerana sikap Anwar mempertahankan kumpulan cauvanis Cina dalam dasar pelajaran semata-mata untuk mendapat sokongan politik peribadi.

Sewaktu penubuhannya, matlamat TIBAI jelas untuk memberitahu rakyat tentang kesilapan menyokong Anwar di samping berusaha mendedahkan kebohongan yang dilakukan Anwar sehingga menjejaskan perjuangan mendaulatkan agama, bangsa dan tanah air.

image

Pada 11 Febuari 2015, sehari selepas Anwar dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun oleh Mahkamah Persekutuan, Muhammad Zahid mengambil keputusan membubarkan TIBAI dan menganggap matlamat perjuangannya dalam menentang Anwar telah selesai.

Bagaimanapun, pada 12 Mac 2015, Muhammad Zahid mengumumkan TIBAI diubah nama kepada Tolak Individu Bernama Anwar Bin Ibrahim (TIBABI) dengan alasan kes membabitkan Anwar dianggap belum selesai walaupun dia dipenjarakan.

Persoalannya, jika dahulu Muhammad Zahid begitu lantang meminta rakyat menolak Anwar, mengapa kini sebaliknya?

Isunya, kenapa begitu mudah Muhammad Zahid membuat pusingan U?

Masih teringat kata-kata Muhammad Zahid yang mempelawa rakyat negara ini menjadi ahli TIBAI demi keamanan, kestabilan, kemakmuran negara serta muak dengan permainan politik murahan Anwar yang dikatakan menghalalkan apa sahaja demi matlamat politiknya.

Kini siapa yang bermain politik murahan yang menghalalkan apa sahaja demi matlamat politiknya?

Muhammad Zahid yang kini merupakan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memaklumkan dia tidak melihat perbezaan antara dirinya dan Anwar, sebaliknya lebih menumpukan persamaan pada diri masing-masing.

Dahulunya, Muhammad Zahid yang lantang menentang Anwar kini menganggap Ketua Umum PKR itu sudah bersih, suci selain sedia bekerjasama dengannya.

zahid-md-arip

Inilah yang terjadi apabila matlamat menghalalkan cara. Dahulu, Muhammad Zahid berapi-api mahu rakyat menolak Anwar, tetapi kini sanggup menjilat kembali kata-katanya itu demi berbaik semula dengan Anwar.

Muslihat apakah ini? Semua ini dilakukan demi kepentingan politik PPBM yang akan bekerjasama dengan sesiapa sahaja termasuk Anwar demi mencapai cita-cita pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Jadi, apa relevennya penubuhan TIBAI sebelum ini? Adakah TIBAI agenda peribadi Muhammad Zahid sendiri untuk mendapatkan sesuatu?

Jelas TIBAI adalah sandiwara semata-mata demi merealisasikan agenda peribadi Muhammad Zahid. Inilah yang akan berlaku apabila kepentingan politik mengatasi segalanya.

Inilah cerminan sebenar sikap setiap pemimpin pembangkang dalam gelanggang politik negara.

Khairul Amir adalah salah seorang penganalisis politik bebas dan pembaca Malaysian Access. Artikel yang ditulis adalah pandangan peribadi beliau dan ia tidak mempunyai kaitan dengan Malaysian Access.

LEAVE A REPLY