Anwar boleh

SHAH ALAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibebaskan dari penjara sekaligus dilantik sebagai perdana menteri selepas Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memegang jawatan sebagai perdana menteri interim.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan perkara itu meskipun ketua umum PKR itu berada di penjara. Rafizi berkata satu pilihan raya kecil (PRK) Parlimen akan diadakan selepas itu bagi membolehkan Anwar menjadi perdana menteri.

“Orang berkata PKR hanya berkhayal mendakwa Anwar sebagai perdana menteri sedangkan beliau di tirai besi tetapi itu tidak mustahil.

“Saya yakin beliau dapat membantu Anwar dibebaskan dan PRK boleh diadakan dalam tempoh satu atau dua bulan untuk menjadikan Anwar perdana menteri,” katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata demikian dalam Kongres Nasional Keadilan Ke-14 di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here