antonio

Pengurus baharu Chelsea, Antonio Conte memulakan langkah kanan di saingan Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan sulung 2-1 pada aksi pembukaan musim ini ke atas West Ham, awal pagi tadi.

Jaringan penalti Eden Hazard dan gol kemenangan Diego Costa pada minit terakhir cukup memastikan Chelsea meraih tiga mata penuh dalam pertembungan penuh debaran di London.

Penyerang Sepanyol, Costa yang bernasib baik kerana masih mampu meneruskan aksi selepas terjahan kasar penjaga gol, Adrian memberikan keceriaan kepada Chelsea hasil jaringan pada minit ke-89. “Saya rasa, pasukan beraksi dengan baik dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh,” kata Conte.

“Sangat penting untuk meraih kedua-dua elemen ini tepat pada masanya, kami tahu pasukan masih boleh meningkat dan masih banyak yang perlu dilakukan. “Tetapi hari ini, saya gembira dengan pemain saya,” kata pengurus berusia 47 tahun ini.

Hazard memberikan kelebihan awal kepada tuan rumah selepas menyempurnakan penalti apabila Michail Antonio menjatuhkan Cesar Azpilicueta di awal babak kedua permainan.

image via RTE Sports

Bagaimanapun, James Collins menyamakan kedudukan untuk West Ham hasil sepakan separuh voli pada minit ke-78 sebelum Costa menutup terus peluang lawan untuk bangkit hasil jaringan pada minit terakhir

LEAVE A REPLY