ankara

ANKARA: Sekurang-kurangnya 51 terbunuh dan berpuluh yang lain cedera dalam serangan yang mungkin dilakukan seorang kanak-kanak pengebom bunuh diri dalam majlis perkahwinan di bandar Gaziantep di sini, berhampiran sempadan Syria, lewat petang semalam waktu tempatan.

“Jumlah mereka yang terbunuh dalam pengeboman pengganas ialah, hingga hari ini 50 orang,” kata pejabat Gabenor Ali Yerlikaya dalam satu kenyataan, menaikkan jumlah 30 sebelum itu.

Presiden Turkey Recep Tayyip Erdogan berkata kumpulan pengganas IS mungkin pelaku serangan bom itu.

ankaraDalam satu kenyataan beliau berkata “tiada beza” antara kumpulan pendakwah Fethullah Gulen berpangkalan di Amerika Syarikat, didakwa melakukan cubaan rampasan kuasa pada Julai, Parti Pekerja Kurdi (PKK) yang diharamkan dan IS kemungkinan besar melakukan serangan di Gaziantep.

Serangan itu nampaknya dijalankan apabila sekumpulan orang ramai dari majlis perkahwinan itu keluar ke jalan raya sebagai sebahagian daripada sambutan, kata sumber keselamatan.

Ia berlaku di daerah Sahinbey di bandar yang dikatakan mempunyai sejumlah besar penduduk Kurdi. Menurut laporan, ramai orang Kurdi menghadiri majlis perkahwinan itu.

Ambulans meluru ke tempat kejadian dan rakaman video daripada penyiar CNN Turk menunjukkan polis dan pekerja perkhidmatan kecemasan bergegas melalui jalan yang sesak dengan orang ramai.

ankaraImej dari tempat kejadian menunjukkan mayat diselimuti lembaran putih manakala saudara mara mangsa ditenangkan di tepi jalan.

 

Terdahulu, Ahli Parlimen Samil Tayyar Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) yang memerintah, menulis di Twitter militan IS disyaki dalang serangan itu, manakala Timbalan Perdana Menteri Mehmet Simsek memberitahu stesen televisyen NTV ia dilakukan pengebom bunuh diri.

Mehmet Erdogan, ahli Parlimen AKP bagi Gaziantep, berkata tidak jelas siapa bertanggungjawab bagi letupan itu tetapi ada “kemungkinan tinggi” ia serangan bunuh diri.

Beliau menambah ia jenis serangan yang mungkin dilancarkan IS atau PKK.

Mahmut Togrul, ahli Parlimen Gaziantep daripada Parti Demokratik Rakyat yang pro Kurdi, berkata ia majlis perkahwinan Kurdi.

Ramai ahli parti itu menghadiri majlis tersebut, yang turut dihadiri ramai wanita dan kanak-kanak.

Letupan itu ialah serangan terbaru menggegarkan Turki, menyaksikan rentetan serangan yang dipersalahkan ke atas militan Kurdi dan Islam serta rampasan kuasa berdarah yang gagal pada 15 Julai.

LEAVE A REPLY