angelina jolie
Cover image via Berita Harian

Pelakon Angelina Jolie Pitt diberikan hak penjagaan penuh ke atas enam anaknya bersama Brad Pitt menerusi persetujuan bersama yang dicapai kedua aktor, kata wakil aktres itu hari ini.

Perjanjian itu antara lain mengarahkan pasangan yang dikurniakan enam anak berusia 8 hingga 15 tahun itu untuk terus mengadakan lawatan terapeutik dengan Pitt. Jolie Pitt memfailkan tuntutan cerai September lalu, beberapa hari selepas Pitt terbabit dengan satu insiden ketika dalam sebuah penerbangan peribadi bersama keluarganya.

Beliau mengakui tiada lagi persefahaman dalam hubungan sebagai punca utama perpisahan. Menurut seorang peguam, Angelina turut memfailkan perceraian demi kesejahteraan keluarga.

Menurut kenyataan itu, persetujuan dicapai lebih seminggu lalu secara rundingan dengan profesional penjagaan anak-anak.

Walau bagaimanapun wakil Pitt yang cuba dihubungi media enggan mengulas lanjut. Pasangan Popular Hollywood berkahwin selama dua tahun selepas bersama selama 12 tahun selepas mula intim ketika penggambaran Mr & Mrs Smith pada 2005.

Baca lagi: Karma buat Penceraian Angelina Jolie

LEAVE A REPLY