angelina

PETALING JAYA: Selepas lebih sedekad bersama, pasangan Hollywood Angelina Jolie dan Brad Pitt memfailkan permohonan cerai.

Pasangan yang terkenal dengan watak suami isteri pembunuh upahan dalam filem “Mr. & Mrs. Smith” itu juga dilaporkan bakal berdepan kes menuntut hak penjagaan ke atas 6 anak mereka.

Sumber dipetik CNN berkata kedua-dua pihak mahu berpisah dengan cara baik, manakala peguam Jolie, Robert Offer, turut mengesahkan permohonan cerai tersebut.

“Ia seperti juga mana-mana perceraian lain, kecuali pasangan ini terkenal,” menurut sumber.

Pitt dan Jolie yang sering diberi jolokan “Brangelina”, berkahwin pada 2014, selepas 9 tahun bersama. Mereka berkongsi 6 orang anak: Maddox, Zahara, Shiloh, Pax, Vivienne dan Knox, di mana 3 daripada mereka merupakan anak angkat

ANGELINA

Jolie, yang merupakan duta khas Pesuruhjaya Tinggi PBB Bagi Pelarian (UNHCR), sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Billy Bob Thornton dan Johnny Lee Miller, manakala Pitt terkenal dengan hubungannya dengan Jennifer Aniston sebelum bercerai pada 2005, ketika spekulasi kencang Jolie dan Pitt semakin intim susulan penglibatan dalam “Mr. & Mrs. Smith”.

Tahun lalu, Pitt dan Jolie membintangi filem “By The Sea”, membawa watak pasangan suami isteri yang menghadapi masalah rumah tangga.

Dalam satu wawancara mengenai filem arahan Jolie itu, beliau berkata apa yang dipaparkan dalam filem itu tidak mencerminkan realiti perkahwinan mereka yang bahagia.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY