andy

Andy Murray muncul pemain tenis pertama memenangi dua gelaran Olimpik dalam acara perseorangan lelaki dengan menundukkan Juan Martin del Potro dari Argentina di Rio.

Murray, 29, menang 7-5 4-6 6-2 7-5 melengkapkan pingat emas kelima bagi Great Britain pada Isnin.

Kemenangan itu hadir lima minggu selepas dia menjuarai kejohanan Wimbledon kedua dan empat tahun selepas kejayaan di London 2012.

Murray berkata persembahan di pentas final itu antara yang paling mencabar pernah diharunginya.

 “Hakikatnya saingan ini amat mencabar, jadi saya berbangga kerana berjaya melepasi halangan ini.

“Empat tahun tempoh yang lama dan banyak perkara boleh berubah. Banyak perubahan sejak 2012. Saya gembira kerana bertanding pada temasya terbesar dunia ini,” katanya.

Ketika ditanya mengenai aksi di Tokyo dalam tempoh empat tahun lagi, Murray berkata beliau tidak pasti sama ada dapat mengekalkan prestasi terbaiknya pada ketika itu.

“Kita tahu mengenai Tokyo dalam empat tahun lagi. Pada usia 33 tahun (waktu itu), saya tidak pasti adakah saya boleh berada pada tahap seperti sekarang,” katanya.

Del Potro membawa pulang pingat perak, membuktikan dia kini sudah mengembalikan prestasi terbaiknya selepas bergelut dengan kecederaan pergelangan tangan sejak tiga musim lalu.

LEAVE A REPLY