andre

Gergasi Sepanyol, Barcelona menyambar pemain antarabangsa Portugal, Andre Gomes dari Valencia, umum kelab Catalan itu, hari ini.

Pemain tengah berusia 22 tahun itu sebelum ini dikaitkan dengan Real Madrid dan Manchester United selepas persembahan mengagumkan dalam dua musim di Valencia apabila menyertai skuad terbabit dari Benfica.

“Perjanjian dengan Valencia untuk Andre Gomes. Pemain ini akan menandatangani (kontrak) dan diperkenalkan sebagai pemain baharu Barcelona minggu depan,” kata kelab itu.

Barcelona tidak mendedahkan maklumat lanjut mengenai perpindahan itu tetapi Marca melaporkan bahawa Gomes akan menandatangani kontrak lima tahun dan menyertai juara Sepanyol itu dengan nilai 50 juta euro (RM224 juta).

image via Sky Sport

Gomes yang mempunyai baki kontrak dengan Valencia sehingga Jun 2020, beraksi 27 perlawanan liga untuk kelab itu sepanjang kempen 2015-16.

Menjuarai Euro 2016 bersama Portugal, Gomes akan menjadi pemain keempat Barca pada musim panas ini selepas kehadiran Samuel Umtiti, Denis Suarez dan Lucas Digne.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here