ananda krishnan
Foto hadapan oleh FMT

SHAH ALAM – Polis tidak mempunyai sebarang sebab untuk menahan tokoh telekomunikasi Tan Sri Ananda Krishnan dan seorang pegawai kanan syarikatnya berhubung kes pengubahan wang haram di India yang dilapor melibatkan seorang bekas menteri telekomunikasi negara itu.

Mengulas perkara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya tidak boleh membuat sebarang tangkapan tanpa perintah daripada mahkamah negara ini.

ananda krishnan
Ananda Krishnan didakwa terlibat dalam skandal penggubahan wang haram di India

“Kami tidak boleh bertindak ke atas waran tangkap kerana tiada perjanjian dari segi undang-undang dengan pihak polis India.

“Memandangkan kes ini berkaitan dengan saman sivil, mereka (India) perlu memohon kebenaran daripada mahkamah di negara ini terlebih dahulu sebelum tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini semalam.

Khalid mengulas tindakan Biro Penyiasatan Pusat India (CBI) yang dilaporkan memohon supaya waran tangkap berkenaan dikeluarkan.

Menurut laporan media, CBI mengemukakan permohonan waran tangkap berkenaan kepada mahkamah khas CBI berikutan saman gagal diserahkan kepada pihak yang dikaitkan dengan kes Aircel-Maxis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here