Anak

Anak perempuan kepada Timbalan Perdana Menteri (TPM) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah, sah bergelar isteri kepada pasangannya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff, dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Masjid al-Haram (Masjidil Haram) jam 10 pagi waktu tempatan, hari ini.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu kelihatan anggun memakai jubah putih rekaan pereka tempatan Sara Jamaludin, manakala suaminya, berpakaian sedondong dengan memakai Baju Melayu tradisional berwarna putih.

Dengan hanya sekali lafaz, Saiful sah bergelar suami kepada Nurulhidayah yang diwalikan oleh bapanya pada majlis akad nikah itu.

Majlis akad nikah turut disaksikan Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Datuk Mohammad Ali Selamat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here