ANAK

Persatuan Peneroka Felda (Anak) bekerjasama dengan Pusat Refom Hisbah (Hisbah) untuk satu siri jelajah anti-rasuah, bermula dengan kawasan Perdana Menteri Najib Abdul Razak iaitu Pekan.

HISBAH adalah sebuah badan pemikir yang diketuai oleh Mohamad Ezam Mohd Nor, yang pernah dilantik sebagai senator oleh semasa pentadbiran Najib.

Mohamad Ezam memberitahu pemberita hari ini Pekan adalah simbolik kerana bilangan besar peneroka Felda di kawasan itu dan terdapat banyak dakwaan bahawa dana Felda telah disalah guna.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here