amy mastura
Cover image via Harian Metro

Selepas melalui zaman gemilang dan pada usia 45 tahun, penyanyi, pelakon dan pengacara, Amy Mastura lebih selesa memberikan tumpuan kepada keluarga dan rumah tangganya.

“Saya sudah merasai zaman popular dan sebaik-baiknya kini tumpuan perlu diberikan kepada keluarga. Seronok dapat melihat anak membesar depan mata dan meluangkan lebih masa bersama mereka,” katanya.

Terlanjur bercerita mengenai keluarganya, Amy masih mengekalkan pendekatan untuk tidak terlalu mendedahkan hal rumah tangga.

Katanya, itulah sebenarnya petua terbaik dalam mengekalkan kebahagiaan rumah tangga terutama bagi golongan selebriti sepertinya.

“Sebelum memuat naik gambar keluarga di laman sosial, saya akan meminta izin dengan mereka terlebih dulu. Mana tidak, kawan anak saya ada juga yang menjadi pengikut di Instagram saya.

Kerap juga mereka tinggalkan komen dan sebagai ibu, saya tidak mahu anak rasa tidak selesa,” katanya.

Menurut Amy, dia tidak pernah dihalang suaminya untuk terus aktif dalam lapangan seni selagi masih menerima tawaran.

Buat masa ini, selain berlakon dan mengacara, Amy juga bakal menyanyi kembali.

“Saya kini sedang mempromosikan lagu terbaru berjudul Kalimah,” katanya.

LEAVE A REPLY