alif satar
Cover image via @zizanrazak869

Pelakon Alif Satar diumumkan sebagai pengacara Akademi Fantasia 2016 (AF2016) yang bermula malam ini dan bersiaran langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini.

Dia bergandingan dengan pelawak dan pelakon Zizan Razak yang sudah diketahui pada sidang media sebelum ini.

Penyanyi era 1980-an, Datuk Shake yang popular dengan lagu Anugerah Dari Kegagalan pula menggalas tanggungjawab sebagai pengetua untuk edisi AF kali ini.

Datuk Ramli MS dan Datuk AC Mizal dipilih sebagai juri tetap untuk menilai persembahan 14 pelajar pada AF2016. Cabaran semua peserta bermula pada konsert pertama malam ini bagi mencari juara musim ke-13 pertandingan realiti ini.

Artikel berkaitan: Zizan Razak Nafi Mira Filzah Gandingan Pengacara AF

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here