bersih
Foto oleh FMT

SEPANG: Semua kementerian diminta mengenal pasti kemungkinan pegawai dan kakitangan awam dibawahnya terlibat dalam perhimpunan Bersih 5.0 di Kuala Lumpur, Sabtu lalu, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata demikian apabila dimaklumkan terdapat “1 atau 2 penjawat awam’ dipercayai pensyarah, terlibat dalam perhimpunan itu.

“Penglibatan mereka (individu dipercayai pensyarah) dikesan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan juga gambar dalam media sosial. Saya sudah minta kementerian yang berkaitan melihat sekiranya pegawai-pegawainya terlibat.

20150830_bersih_feng_04_620_413_70

“Bagaimanapun, perkara ini perlu disahkan. Kita tidak boleh terus mengambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan CIO Convex Sektor Awam 2016 di sini semalam.

Ali berkata hukuman yang akan diambil terhadap penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan itu bergantung kepada bentuk kesalahan yang dilakukan.

Minggu lepas, Ali mengingatkan penjawat awam agar tidak menyertai sebarang perhimpunan yang tidak diluluskan pada Sabtu dan boleh berdepan tindakan tatatertib termasuk buang kerja atau potong gaji.

 

LEAVE A REPLY