ali abd jalil
Foto oleh FMT

Aktivis kontroversi Ali Abd Jalil yang lari meninggalkan Malaysia ekoran berdepan dengan dakwaan hasutan mendakwa beliau telah diberikan status sebagai pemastautin tetap (PR) di Sweden.

“Alhamdulilah, aku dah dapat PR Sweden… permohonan asylum diterima. Terima kasih Sweden sudi beri PR, I love Sweden so much.

“Kalau aku jahat, Sweden takkan beri aku PR,” kata Ali melalui Facebook beliau hari ini.

ALI ABD JALIL
Ali sewaktu ditahan polis dua tahun yang lalu

Aktivis itu sebelum ini pernah ditangkap empat kali pada tahun 2014 dan dikenakan tiga tuduhan menghasut. Dia ditahan selama 22 hari di penjara kerana mengkritik sistem monarki negara di Facebook.

Lantaran banyak ugutan bunuh yang diterima, pelajar itu akhirnya melarikan diri dari negara sebelum pasportnya dibatalkan Jabatan Imegresen.

Ali meninggalkan negara ini melalui Thailand dan memilih untuk menetap di Sweden setelah mengetahui bahawa ia adalah antara negara paling mesra di dunia bagi pencari suaka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here