AJK

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan bekas pengerusi dan bekas setiausaha jawatankuasa sebuah masjid di Melaka kerana dikatakan terbabit rasuah dalam proses penjualan tanah wakaf masjid berkenaan.

Menurut sumber SPRM, suspek berusia 61 dan 46 tahun itu dipercayai menerima wang sogokan bernilai RM116,000 bagi melancarkan proses jual beli tanah wakaf milik masjid itu di Kampung Bukit Cina, Melaka.

“Kedua-dua suspek telah menerima wang rasuah daripada seorang lelaki bukan Islam dalam proses jual tanah wakaf itu pada 2012.

“Kedua-dua mereka ditahan ketika hadir ke pejabat SPRM Negeri Melaka untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes itu petang tadi,” kata sumber itu.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi Bernamamengesahkan penahanan itu.

Beliau berkata kedua-dua individu terbabit akan direman esok untuk membantu siasatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 405 Kanun Keseksaan.

Bernama

SHARE
Previous articleGovernment Allocates RM 1.02 Million For Relocation Oath Stone
Next articleYusof Leonne Nama Putera Kecil Lisa Surihani
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here