Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR: Datuk Ahmad Maslan menggesa pemimpin Barisan Nasional untuk menyaman netizen yang menuduh mereka di media sosial.

Pengerusi Biro IT Umno berkata ini perlu dilakukan untuk memastikan bahawa mereka yang melakukan kesalahan itu akan berhenti melakukan perkara tersebut.

Beliau telah memberitahu pemimpin-pemimpin BN untuk mengesan pengguna ini dan mendakwa mereka.

“Dengan menyaman pengguna yang tidak bertanggungjawab, kita boleh membuat media sosial yang lebih beretika,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan “Etika Media Sosial ” seminar di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Ahmad memuji langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menyaman ahoi parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua di atas post Facebook bleiau dan  Naib Presiden PKR Rafizi Ramli atas kenyataan beliau terhadap Datin Seri Rosmah Mansor pada tahun 2014.

“Saya berharap para pemimpin (BN) akan menyusul.

“Saya juga akan menyaman mereka yang membuat fitnah yang serius terhadap saya di media sosial di masa akan datang,” kata Ahmad.

Seminar yang diadakan sempena ulang tahun ke-71 Umno, telah dianjurkan oleh Biro IT Umno dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, dan Malaysia Ekonomi Digital Corporation.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here