Saturday, December 10, 2016
Adobe VoCo Berupaya Tambah Perkataan pada Suara

Adobe VoCo Berupaya Tambah Perkataan pada Suara

83
0
Adobe VoCo

Adobe VoCo bakal menjadi keperluan kepada mereka yang gemar merakam suara atau podcast!

Jika anda pernah merekodkan suara latar atau podcast, anda tahu bagaimana kecewanya bila berlaku salah sebutan semasa proses itu berjalan. Satu kesilapan semasa menyebut sesuatu perkataan boleh memaksa anda untuk merosakkan rakaman anda, atau anda terpaksa merakam semula keseluruhan segmen dari permulaan.

Adobe percaya mereka kini mempunyai penyelesaian yang lebih baik; seperti menukar apa yang anda katakan. Sebagai sebahagian daripada ketiga-tiga eksperimen, perintis perisian ini telah memperkenalkan Adobe Voco, yang akan membiarkan anda memasukkan dialog kepada rakaman suara yang sedia ada. Apa yang anda perlukan adalah audio yang cukup bagi perisian untuk mendapatkan ‘keunikan’ suara seseorang, dan selepas itu, anda boleh menaip apa yang anda mahu orang itu katakan. Hasil yang anda bakal dapat mungkin tidak sentiasa sempurna dalam perisian awal ini, namun ia amat menghampiri bunyi semula jadi sesuatu suara.

Dan sebelum anda bertanya: ya, Adobe sedar bahawa orang mungkin menyalahgunakan ini untuk meletakkan perkataan pada percakapan orang lain. Anda akan mendapat tanda pengenalan pada audio untuk membuktikan bahawa anda mempunyai rakaman asli, rakaman yang tidak diubah daripada sumber asal. Ini mungkin tidak sepenuhnya dapat menghalang rakaman percakapan palsu, tetapi ini akan membuatkan ia lebih sukar untuk mencipta skandal politik atau menghasilkan sesuatu suara selebriti yang tidak wujud.

Kajian lain termasuk Stylit, teknologi yang membolehkan anda memindahkan gaya seni dunia sebenar anda kepada digital, dan CloverVR, alat yang akan membolehkan anda mengedit video realiti maya daripada realiti maya.

Adobe tidak pernah berkata jika atau bila anda akan melihat mana-mana eksperimen ini dalam produk sedia ada mereka seperti Audition, Photoshop atau Premiere Pro. Walau bagaimanapun, ciri-ciri seperti ini telah mempunyai tempat mereka sendiri di dalam perisian syarikat itu pada masa lalu. Dan Adobe Voco adalah lebih praktikal daripada kebanyakkan ujian sebelum ini. Ia bukan sahaja dapat menjimatkan masa, tetapi menjimatkan kerumitan membawa seseorang kembali ke studio hanya untuk merakam sedikit perubahan pada rakaman audio.

LEAVE A REPLY