adi putra
Cover image via @aidayusof15

Kalau diikutkan berita terkahir mengenai Adi Putra, beliau sudah tidak berhubung dengan kedua bekas isterinya lagi selepas bercerai beberapa bulan lalu. Tetapi menerusi gambar yang dimuat naik bekas isteri pertama, Aida Yusof, mereka sekeluarga telah berangkat ke tanah suci bersama.

adi putraMenerusi beberapa gambar yang dimuat naik Aida, menunjukkan mereka sekeluarga berada di lapangan terbang untuk menunggu penerbangan ke Mekah bagi menunaikan umrah. Tidak pasti pula mereka sudah berbaik ke belum, namun menguatkan lagi dakwaan itu apabila Aida menggunakan hashtag #familyumrah02052017

Dalam pada itu, peminat yang melihat perkembangan terkini pasangan itu, tumpang gembira selain mendoakan kebahagiaan pasangan itu yang sedia maklum sebelum ini sudah bercerai. Ada juga yang membuat tekaan sendiri bahawa pasangan itu telah rujuk semula sebelum berangkat ke Mekah.

Terdahulu, Adi dikhabarkan gagal menghadirkan diri ke mahkamah setiap kali sebutan kes penceraian mereka dijalankan. Begitu pun Adi masih tidak memberikan sebarang komen mengenai perkara ini. Jika betul mereka sudah berbaik, Alhamdulillah, dan semoga terus berbahagia bersama anak-anak.

Baca lagi: Adi Putra Sahkan Berpisah dengan Kedua-dua Isteri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here