Lotus

Bukan menjadi rahsia lagi bahawa Lotus mempunyai masalah kewangan, dengan Automotive News Eropah pada September baru-baru ini melaporkan bahawa syarikat pemilik semasa Lotus – Proton – telah mempertimbangkan untuk menjual kepentingannya dalam Lotus.

Sejak itu, tidak banyak berita yang diperolehi, tetapi satu laporan baru daripada Road & Track menyebut, Lotus tidak lama lagi boleh jatuh di bawah pemilikan Geely. Memetik “seseorang yang rapat dengan sumber,” Road & Track mendakwa bahawa Geely kini dalam misi untuk membeli syarikat-syarikat automotif lain dan “Lotus akan mendapat banyak faedah daripada pengambilalihan ini.”

Walaupun ini mungkin datang sebagai satu kejutan kepada sesetengah orang, mereka yang telah mengikuti Geely tahu bahawa syarikat yang berpangkalan di China begitu pantas menggerakkan diri mereka di dalam industri automotif pada tahun-tahun kebelakangan ini. Ia memperolehi Volvo dari Ford pada tahun 2010, dan dua tahun kemudian, Geely mendapatkan The London Taxi Company.

Pada masa ini, Geely melambakan wang ke Lynk & Co bagi membangunkan platform kenderaan baru untuk model baru, yang akhirnya akan diuji dan kemungkinan dijual di bawah jenam Volvo yang baru diperolehi mereka.

Masalah terbesar yang di hadapi Lotus adalah kekurangan modal untuk melabur dalam platform baru. Dengan syarikat induk Proton bergelut masalah kewangan, adalah lebih baik untuk menjual jenama itu daripada membiarkan ia terus bergelut untuk mencari pasaran baru dengan platform dan peralatan keselamatan kenderaan yang lama.

Setakat ini, tiada sebarang pengumuman rasmi oleh Lotus, Proton, atau Geely terhadap khabar angin ini. Buat masa ini, persoalannya adakah Geely akan menjadi menjadi penyuntik modal baru kepada Lotus atau adakah ia akan terus berjuang dengan bantuan kewangan daripada sumber lain?

LEAVE A REPLY