Adakah

Ketika beberapa pihak mempertahankan pandangan masing-masing mengenai cukai itu, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, menjelaskan jawapan kepada status cukai itu perlu melihat kepada kesan pelaksanaannya.

“Sebelum menjawab persoalan itu, hendaklah dikaji apakah GST telah memberikan kemaslahatan kepada rakyat ataupun sebaliknya?

“Mungkin rakyat boleh menjawab terlebih dahulu, dan pemerintah (kerajaan) menjelaskan sejauh manakah GST benar-benar merealisasikan kemaslahatan rakyat.

“Apakah GST itu tanda simpati dan kasih pemerintah kepada rakyat ataupun sebaliknya?” kata Mohd Asri melalui kemas kini di Facebook malam tadi.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata kerajaan menggunakan alasan muzakarah jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada Oktober 2014 untuk melaksanakan GST.

Menyifatkan fatwa berkenaan suatu kesilapan, Mohd Khairuddin yang juga anggota parlimen Kuala Nerus menegaskan cukai dalam Islam hanya boleh dikutip menerusi beberapa syarat termasuk hanya boleh diambil daripada golongan kaya.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, turut bersependapat GST ketika ini menimbulkan banyak masalah dan menyukarkan kehidupan golongan berpendapatan rendah. Dipetik Sinar Harian, Wan Salim berkata, sebarang tindakan dan polisi membebankan serta menganiayai rakyat adalah haram kerana bercanggah dengan nilai keadilan yang dikehendaki Islam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here