aaron aziz
Cover image via @aaronwiaziz

Pelakon Aaron Aziz, 40, teruja apabila bakal mengerjakan umrah bersama isteri dan tiga anaknya, bulan depan.

Aaron berkata, inilah kali pertama tiga anaknya iaitu Danish Anaqi, 11; Dwi Ariana, 9; dan Dahlia Arissa, 5, akan ke Makkah melakukan ibadah itu.

“Sebelum ini saya ke Makkah tanpa mereka, tetapi ini akan menjadi pengalaman pertama anak-anak mengerjakan umrah.

“Jika mengikut perancangan, saya ingin membawa mereka menunaikan umrah sebagai persiapan sebelum menunaikan Haji bersama selepas ini.

“Doakan semoga perjalanan kami ke Tanah Suci nanti berjalan lancar,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon utama drama Tuan Anas Mikael ini menafikan dia semakin ‘sepi’ dari industri hiburan tempatan.

Menurut Aaron, dia tidak pernah menghilang sebaliknya terbabit dengan penggambaran drama di Singapura selama tiga bulan.

“Saya masih aktif berlakon, cuma sejak Julai lalu saya berada di Singapura untuk menjalani penggambaran drama.

“Saya bersyukur peminat masih setia bersama dan mengikuti perkembangan saya dari semasa ke semasa di Instagram,” katanya.

LEAVE A REPLY