Sumber imej: sarawakvoice.com
Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menangkap sembilan suspek yang terlibat dalam kegiatan kumpulan pengganas Daesh, antara 20 Julai hingga 9 Ogos 2016.

Dalam operasi di sekitar Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Kelantan  itu, tiga warga asing dan enam rakyat Malaysia yang berusia antara 17 hingga 56 tahun ditahan.

“Tiga suspek warga asing itu  adalah bekas tentera, tiga lagi merupakan penjual cakera video digital (VCD) cetak rompak, sementara selebihnya masing-masing merupakan operator kilang, pemandu jentolak serta penganggur,” ujar Ketua Polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan.

Siaran Media PDRM. Sumber imej: facebook.com

Ini termasuk dua suspek penyerang Movida Pub & Lounge di Puchong, Jasanizam Rosni dan Md Saifuddin Muji, yang ditangkap pada 9 Ogos 2016.

“Mereka telah melarikan diri selepas insiden serangan tersebut dan bersembunyi di sebuah pondok di kawasan berbukit di Kuala Krai, Kelantan sejak awal Julai 2016,” ujar beliau.

Susulan daripada tangkapan mereka, polis berjaya merampas sebutir bom tangan jenis M67 yang disembunyikan di Rengit, Batu Pahat yang disyaki akan digunakan dalam serangan yang dirancang.

Dua suspek yang ditangkap di Batu Pahat, Johor dan Kuala Krai, bersubahat menyembunyikan Jasanizam dan Md Saifuddin.

Seorang suspek berusia 17 tahun yang ditangkap di Sabah, telah menerima arahan daripada rakyat Malaysia yang menganggotai kumpulan Daish di Syria, untuk melancarkan serangan di negara ini.

Suspek merancang untuk melancarkan serangan bersendirian dengan menyembelih mana-mana orang bukan Islam di Sandakan.

Selain itu, suspek melalui akaun Facebook miliknya, juga telah mengancam untuk membunuh Ketua Polis Negara (KPN).

Tiga suspek warga asing yang ditangkap di sekitar Kuala Lumpur pada 2 Ogos 2016, disyaki menjadikan Malaysia sebagai transit untuk mendapatkan dokumen perjalanan palsu serta merancang untuk melancarkan serangan di salah sebuah negara di Asia Barat.

Suspek berusia 26 tahun yang ditahan di Johor, merupakan anggota sel yang sama dengan 23 suspek yang ditangkap dalam dua operasi khas pada bulan Julai 2016.

Suspek ini terlibat dalam rancangan untuk melancarkan serangan ke atas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan Kompleks Kerajaan di Putrajaya. Sel berkenaan disyaki menerima arahan dari Mohamad Wanndy Mohamad Jedi untuk melancarkan serangan di Malaysia.

Kesemua suspek ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIa – kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).

SOURCEASTROAWANI
SHARE
Previous articlePAS Saman Sarawak Report Ke Mahkamah England
Next articleInterchange ke Filem Festival Toronto
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here