Air Asia
Image via Air Asia

AirAsia menawarkan diskaun sehingga 50 peratus bagi destinasi penerbangan jarak dekat dan jauh dalam rangkaian meluas laluannya.

Pelanggan bagi perjalanan jarak jauh juga boleh mengambil kesempatan daripada diskaun itu apabila membeli produk Premium Flatbed AirAsia X.

“Ini adalah promo tanpa had yang menawarkan diskaun sehingga separuh daripada harga tambang dalam seluruh rangkaian kami. Diskaun adalah sehingga 50 peratus daripada tambang ke destinasi kami di seluruh Asia dan luar darinya,” kata Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia, Siegtraund Teh, dalam satu kenyataan hari ini.

“Dari Kuala Lumpur ke Jepun, Korea Selatan, China, Australia, New Zealand, Iran, Maldives atau malahan Mauritius, ini adalah peluang terbaik untuk melihat ke destinasi yang anda sentiasa ingin pergi malahan pada harga yang sangat mampu milik,” katanya.

Pelanggan Premium Flatbed akan menikmati produk percuma premium dan perkhidmatan termasuk keutamaan daftar masuk, keutamaan berlepas, keutamaan bagasi, peruntukan bagasi 40 kilogram, makanan percuma serta bantal dan selimut.

Diskaun itu ditawarkan di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia mulai 24 Okt, 2016 (jam 0001, GMT +8) hingga 30 Okt, 2016 (jam 2400, GMT +8) bagi perjalanan antara 9 Jan, 2017 dan 18 Jun, 2017.

Ia merangkumi penerbangan yang dikendalikan oleh AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK), AirAsia Thailand (FD), AirAsia Indonesia (QZ), AirAsia Philippines (Z2), Malaysia AirAsia X (D7), Thai AirAsia X (XJ) dan Indonesia AirAsia X (XT).

AirAsia ialah syarikat penerbangan tambang rendah utama dan terbesar Asia dari segi penumpang dan saiz kumpulan pesawat, dengan rangkaian lebih daripada 120 destinasi di Asia, Australia dan New Zealand, Timur Tengah dan Afrika.

LEAVE A REPLY