serangan siber

Lima bank di Rusia telah mengalami serangan siber secara berkala selama dua hari, kata pengawal selia perbankan negara itu.

Bank milik negara itu iaitu Sberbank merupakan satu-satunya sasaran serangan yang mengalami serangan berpanjangan, katanya lagi.

Penggodam membanjiri laman sesawang bank berkenaan dengan timbunan data atau lebih dikenali sebagai serangan Distributed Denial of Service (DDoS).

Firma keselamatan Kaspersky berkata serangan itu adalah antara serangan siber yang terbesar setakat ini berlaku di Rusia dan ia dilihat bertujuan untuk melumpuhkan perkhidmatan perbankan Rusia.

Kebanjiran data pada laman sesawang bank-bank berkenaan bermula pada 8 November dan berterusan sejak itu, katanya.

Kebanyakan kebanjiran data ini berlangsung kira-kira 60 minit tetapi serangan yang paling berterusan berlarutan hampir 12 jam, kata firma keselamatan itu lagi.

Dalam satu kenyataan, Sberbank berkata ia dapat meneutralkan serangan tanpa menjejaskan operasi berterusan laman webnya. Jurucakap bank tersebut berkata, mereka telah mengalami 68 serangan yang sama pada 2016 tetapi serangan yang dialami pada November ini adalah merupakan satu serangan yang terbesar pernah dihadapi mereka.

Nama bank-bank lain yang turut diserang dalam kejadian itu belum diumumkan lagi tetapi dipercayai bahawa ianya terjadi kepada 10 bank terbesar di Rusia.

Penggodam yang bertanggungjawab melakukan serangan siber secara DDoS ini dipercayai telah menjana sejumlah besar data dengan mengambil alih peranti pintar seperti webcam dan perakam video digital yang menggunakan kata laluan mudah.

kebanyakkan peranti yang digunakan untuk menjana data-data bagi serangan ini dipercayai berasal dari Amerika Syarikat, India, Taiwan dan Israel.

Agensi-agensi kerajaan Rusia yang bertanggungjawab dalam menangani jenayah siber telah dimaklumkan mengenai serangan tersebut, kata pengawal selia perbankan.

Pada akhir Oktober, serangan yang sama menyebabkan gangguan meluas dengan banyak laman web yang popular, termasuk Reddit, Spotify dan Twitter, secara ringkas menjadi sukar untuk mencapai pengguna.

LEAVE A REPLY