49,000

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) — Lebih 49,000 penjawat awam berdepan risiko menjadi muflis berikutan kegagalan mereka menguruskan hutang pinjaman, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda.

Azih berkata penjawat awam terbabit didapati melakukan pinjaman peribadi daripada institusi kewangan yang melebihi kemampuan gaji mereka.

“Hal ini saya lihat semakin serius dania terjadi kerana ada penjawat awam yang bertindak memalsukan slip gaji ketika membuat pinjaman,” katanya kepada pemberita pada Seminar Hari Pekerja di sini Ahad.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here