mara

Jaguh badminton negara , Datuk Lee Chong Wei berjaya mara ke perlawanan akhir Sukan Olimpik di Rio selepas menewaskan Lin DanĀ 15-21, 21-11, 22-20 dalam aksi separuh akhir, Jumaat malam.

Perlawanan separuh akhir Chong Wei-Lin Dan ini menjadi tumpuan dunia memandangkan kedua-dua pemain ini mempunyai misi tersendiri – untuk mara ke pentas akhir.

Kelebihan rekod kemenangan 25-11 Lin Dan ke atas Chong Wei tidak menjadikan prospek emas Olimpik negara ini sebagai penghalang untuk menewaskan pemain China yang sememangnya dianggap musuh utama di gelanggang.

Pada set pertama perlawanan, Chong Wei kelihatan sedikit gugup dengan rentak permainan Lin Dan yang lebih kemas.

Namun, Chong Wei tampil dengan corak permainan yang lebih baik pada set kedua dengan kemenangan 21-11 sekaligus mengheret permainan hingga ke rubber-set.

Perlawanan penentuan kelihatan kedua-dua pemain lebih seimbang dan masing-masing cuba mendahului mata dan cuba mengelak melakukan kesilapan mudah.

Ketenangan dan sikap fokus Chong Wei ketika berdepan dengan kedudukan seri 20-20 memberinya kelebihan untuk mencatat dua mata akhir yang membawanya mara ke saingan akhir buat kali ketiga berturut-turut dalam aksi Sukan Olimpik.

image via NBC

Lebih manis, Chong Wei dapat membalas dendam tewas kepada Lin Dan dalam dua edisi Sukan Olimpik sebelum ini, di Beijing (2008) dan London (2012).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here