Sumber imej: facebook.com

PROTON Holdings Bhd memperkenalkan aplikasi mudah alih baharu, MyProton bertujuan untuk memberi kemudahan kepada semua pelanggan yang memiliki kereta nasional itu.

Pada masa sama, aplikasi membenarkan pelanggan dan semua bakal pemilik Proton untuk membuat temu janji bagi memandu uji kereta Proton.

Aplikasi boleh didapati di Google Play Store dan Apple App Store. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Fuaad Kenali, berkata PROTON menyediakan akses kemudahan untuk pelanggan bagi mendapatkan maklumat di hujung jari seiring dengan keperluan pelanggan yang semakin moden.

Aplikas MyProtoni boleh didapati di Google Play Store dan Apple App Store. Sumber imej: facebook.com

“Kami memahami bahawa dalam persekitaran yang pesat dan maju, cara terbaik untuk mencapai dan memaklumkan pelanggan adalah melalui aplikasi mudah alih ini. “Ini menjadikan perhubungan kepada pelanggan lebih cekap dan berkesan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pada hari ini kebanyakan orang bergantung kepada telefon pintar dalam pelbagai situasi seperti membuat temu janji, mendapatkan maklumat, dan untuk membeli produk serta mendapatkan perkhidmatan.

“Dengan aplikasi mudah alih MyProton, pelanggan kini boleh menggunakan telefon pintar mereka untuk membuat temu janji menyelenggara dan memandu uji kereta Proton,” katanya. Dalam fasa perkembangan seterusnya, MyProton menyediakan akses kemudahan bagi pelanggan untuk menyemak status tempahan kereta, rekod penyelenggaraan, peringatan untuk menyelenggara kereta dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan PROTON di 1800 888 398 atau emel di customercare@proton.com. Pelanggan juga boleh melayari www.proton.com atau laman rasmi Facebook di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial untuk keterangan lanjut.

INFO

Kemudahan yang disediakan melalui aplikasi MyProton:

* Temu janji untuk memandu uji kereta Proton;

* Temu janji bagi servis atau penyelenggaraan kereta;

* Sambungan ke panggilan Mobile Assist untuk bantuan;

* Maklumat mengenai semua model Proton;

* Maklumat terkini mengenai promosi dan acara semasa;

* Lokasi jualan PROTON dan pusat-pusat perkhidmatan;

* Sambungan ke saluran media sosial PROTON – Facebook, Instagram dan Youtube * Kalkulator pengiraan pinjaman

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here