Sumber imej: kinibiz.com

Bursa Malaysia dibuka rendah, hari ini sejajar dengan prestasi lemah di Wall Street dan impak harga minyak yang rendah. Pada jam 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 2.49 mata kepada 1,668.06 berbanding penutup semalam 1,670.55.

Pasaran ekuiti global jatuh semalaman kerana pelabur mengambil petunjuk daripada laporan perangkaan perolehan Amerika Syarikat (AS) yang mengecewakan, sementara kejatuhan dalam harga minyak berikutan kebimbangan terhadap bekalan minyak mentah dan bahan api. Sumber imej: financenews24.com

Ia dibuka 1.06 mata lebih rendah kepada 1,669.49. Pasaran yang meluas, bagaimanapun, positif dengan kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 101 berbanding 60, sementara 160 kaunter tidak berubah, 1,380 tidak didagangkan dan 17 lain digantung.

Jumlah dagangan berada pada paras 84.95 juta saham bernilai RM24.33 juta. Peniaga berkata, pasaran ekuiti global jatuh semalaman kerana pelabur mengambil petunjuk daripada laporan perangkaan perolehan Amerika Syarikat (AS) yang mengecewakan, sementara kejatuhan dalam harga minyak berikutan kebimbangan terhadap bekalan minyak mentah dan bahan api.

“Kami jangka FBM KLCI hari ini akan didagangkan pada paras di bawah 1,666.43 selepas tindakan pasaran menunjukkan kuasa beli lemah berbanding tekanan jualan,” kata Alliance DBS Research dalam nota penyelidikannya. Indeks FBM Emas jatuh 13.68 mata kepada 11,667.18, Indeks FBMT 100 susut 15.41 mata kepada 11,364.46 dan Indeks FBM Emas Shariah merosot 16.04 mata kepada 12,237.95.

Indeks FBM 70 merosot 12.20 mata kepada 13,227.04 dan Indeks FBM Ace jatuh 12.19 mata kepada 5,543.41. Dari segi sektor, Indeks Kewangan jatuh 17.77 mata kepada 14,252.70, Indeks Perladangan susut 20.03 mata kepada 7,572.62 dan Indeks Perindustrian merosot 6.49 mata kepada 3,148.39.

Dalam kalangan saham mewah, Maybank jatuh satu sen kepada RM8.15, TNB susut enam sen kepada RM14.24, IHH Healthcare naik dua sen kepada RM6.57, sementara Public Bank, Axiata dan Sime Darby masing-masing kekal tidak berubah pada paras RM19.54, RM5.75 dan RM7.64.

Bagi kaunter aktif, Borneo Oil dan Hiap Teck naik setengah sen kepada masing-masing 19 sen dan 27.5 sen, sementara Vivocom jatuh setengah sen kepada 27.5 sen dan KNM Group tidak berubah pada paras 40.5 sen.

LEAVE A REPLY