1mdb
Foto hadapan oleh FMT

ZURICH: Atas pemintaan Amerika Syarikat, pihak berkuasa Switzerland bertindak merampas tiga karya yang berkait dengan siasatan keatas syarikat milik kerajaan Malaysia 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

1mdb
Karya Van Gogh yang disita kerajaan Switzerland

Jurucakap Pejabat Kehakiman Persekutuan berkata karya yang dirampas adalah La Maison de Vincent à Arles (rumah Vincent di Arles) yang dilukis Van Gogh, dan Saint-Georges Majeur (senja kala di San Giorgio Maggiore) dan Nympheas avec Reflets de Hautes Herbes (pantulan telepok dan pelbagai herba) yang dilukis Monet.

“Operasi masih belum tamat maka kami tidak akan beri sebarang kenyataan berhubung lokasi lukisan-lukisan itu,” katanya.

Kelmarin, Amerika Syarikat memfailkan saman untuk merampas aset-aset yang bernilai lebih AS$1 bilion (RM4.07 bilion) yang dibeli dengan wang yang dipercayai disonglap daripada 1MDB.

LEAVE A REPLY