1MDB
Foto oleh Saw Siow Feng

Tekanan ketika menguruskan kontroversi 1MDB telah menyebabkan Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah jatuh sakit, yang mendorong kepada peletakan jawatannya daripada Kabinet, kata bekas Menteri Kewangan II tersebut, hari ini.
Dalam temu bual akhbar Sinar Harian, Husni mendedahkan bahawa soalan seorang pegawai kanan Bank Negara akhirnya mendorong beliau membuat keputusan tersebut. Seorang pegawai kanan Bank Negara berkata ‘semua orang tahu Datuk Seri tidak terlibat dengan urusan 1MDB. Mengapa Datuk Seri tertekan dengan isu 1MDB?’Beliau berkata persoalan pegawai Bank Negara merupakan pertanyaan membuka hati beliau. Husni meletak jawatan daripada Kabinet dan parti pada bulan Jun.
Husni berkata beliau telah berada di bawah tekanan yang berat untuk beberapa bulan dalam menangani kontroversi ke atas hutang dan hal ehwal kewangan 1Malaysia Development Berhad, yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan. Beliau mengalami tekanan darah tinggi yang berpanjangan, dan telah mempertimbangkan untuk meletak jawatan sejak Januari lalu.
“Saya anggap tekanan darah tinggi selama 5 jam semasa menghadiri mesyuarat menteri-menteri kewangan Asean di Laos merupakan petunjuk Ilahi bagi saya menilai di mana saya harus berada. Saya terpaksa memisahkan kerja, perkara yang tidak melibatkan saya dan keadaan saya.”
Dalam temu bual tersebut, Husni dilaporkan telah bercakap mengenai orang-orang munafik yang menguruskan isu-isu rasuah, dan berkata beliau telah dikritik kerana mencadangkan usaha untuk memperbaiki kedudukan Malaysia mengenai rasuah.

LEAVE A REPLY