Sumber imej: FMT

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, keputusan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Muhammad Ibrahim untuk tidak membuka semula siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meski pun menjadi kes sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat didakwanya bakal menjadi bahan jenaka oleh masyarakat antarabangsa kerana tidak mengendahkan saman sivil DOJ dalam penipuan lebih AS$3.5 bilion itu.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, keputusan itu bakal menjadi bahan jenaka oleh masyarakat antarabangsa kerana tidak mengendahkan saman sivil DOJ dalam penipuan lebih AS$3.5 bilion itu. Sumber imej: themalaymailonline.com

“BNM sebagai pihak berkuasa berwibawa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA), tidak sepatutnya melepaskan tanggungjawab memulakan siasatan dalam urus niaga mencurigakan itu.

“Lebih teruk lagi apabila DOJ mendakwa sebahagian besar dana itu telah dicuci dan menyelinap masuk ke dalam sistem perbankan Malaysia, khususnya caj yang dikenakan AS$731 telah dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Malaysia Official 1 antara 2011 dan 2013,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara turut mempersoalkan tindakan Muhammad yang enggan menyiasat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Apabila ia melibatkan kerjasama antarabangsa, kami tertakluk kepada protokol dan peraturan tertentu, kami akan tertakluk secara ketat kepada protokol berkenaan apabila ia melibatkan kerjasama dengan badan siasatan luar,” katanya. Sumber imej: themalaymailonline.com

Pada 12 Ogos yang lepas, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Muhammad Ibrahim berkata, pihaknya juga tidak akan mengambil sebarang tindakan lanjutan terhadap 1MDB selepas mengenakan kompaun pada April lalu.

“Kami telah melengkapkan siasatan ini (ke atas 1MDB) dan turut mengambil tindakan yang perlu terhadap syarikat ini seper­ti yang telah diamanahkan kepada kami di bawah peruntukan undang-undang.

“Untuk itu, siasatan ini telah ditutup,” katanya dalam sidang akhbar prestasi KDNK suku kedua 2016 di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tentang tindakan BNM berikutan dakwaan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) terhadap 1MDB.

Pada Julai lalu, DoJ AS memaklumkan pihak berkuasa itu akan mengambil alih aset bernilai lebih RM4 bilion milik 1MDB ke­rana didakwa terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.

Pada 28 April lalu, BNM mengeluarkan surat kompaun pentadbiran kepada 1MDB kerana gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan ia telah diselesaikan syarikat berkenaan pada bulan berikutnya.

Bagaimanapun, menurut Muhammad, BNM tertakluk kepada protokol antarabangsa sekiranya DoJ memerlukan bantuan berhubung siasatan berkenaan.

“Apabila ia melibatkan kerjasama dengan agensi antarabangsa, kami mempunyai beberapa protokol yang perlu dipatuhi dengan tegas,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here