GOLDMAN sachs
Foto hadapan oleh FMT

GOLDMAN Sachs Group Inc. (Goldman) yang sudah pun dalam siasatan pendakwaan Amerika Syarikat kini berdepan masalah yang lebih besar apabila disaman sebanyak AS$510 juta oleh pemegang saham salah satu daripada bekas pelanggannya atas tuduhan penipuan dengan mengaitkan Perdana Menteri Malaysia dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Turut disaman ialah bekas Pengarah Urusan Goldman, Tim Leissner.

Primus Pacific Partnes (Primus), sebuah firma ekuiti swasta dan pemegang kepentingan terbesar dalam EON Capital menyaman Goldman atas tuduhan penipuan dan pelanggaran tanggungjawab fidusiari.

goldman
Goldman Sachs

Dalam writ saman itu, Primus mendakwa Goldman telah menyembunyikan konflik kepentingan dengan Perdana Menteri Malaysia apabila ia menasihatkan EON Capital (EON).

Bagaimanapun, Goldman menyifatkan saman itu tersalah panduan dan akan mempertahankannya manakala peguam Leissner masih belum memberi maklum balas.

Saman itu difailkan selepas enam hari Kerajaan Amerika Syarikat memfailkan petisyen untuk merampas aset-aset bernilai AS$1 bilion yang digunakan daripada wang milik 1MDB termasuk tunai daripada bon yang diuruskan oleh Goldman.

Menurut saman itu, Primus pernah memiliki 20 peratus kepentingan dalam EON Capital, bank yang dilantik dalam menimbang tawaran bidaan pengambilan alih daripada Hong Leong Bank Berhad.

Dakwa Primus, pertimbangan pertama Goldman dan Leissner pada Januari 2010 terhadap tawaran Hong Leong adalah tidak adil.

Mereka membuat keputusan tiga bulan kemudian selepas tawaran awal disemak semula dengan meningkatkan tawaran 2.8 peratus lebih tinggi.

Primus mendakwa, Goldman menggesanya penerimaan tawaran yang lebih tinggi untuk meningkatkan peranannya dengan Perdana Menteri Malaysia kerana penggabungan akan ‘memberi kekayaan’ kepada Nazim Razak, pengarah Hong Leong serta Datuk Seri Nazir Razak, Pengerusi CIMB Group Holdings Bhd. (CIMB.KL), yang menasihatkan Hong Leong dalam pengambilan alih itu.

“Hasil daripada penipuan dan melanggar tugas fidusiari oleh, Goldman Sachs, harga untuk mendapatkan EON Capital adalah beratus-ratus berjuta-juta dolar di bawah nilai yang adil,” kata Primus.

Tambah Primus, tidak ada bank pelaburan yang tidak bercanggah boleh mendapati tawaran kedua oleh Hong Leong adalah adil atau mengesyorkan lembaga menerimanya.

GOLDMAN
Foto oleh FMT

Primus memohon sekurang-kurangnya AS$170 juta dalam ganti rugi, mewakili kerugian didakwa daripada aktiviti Goldman aktiviti, sekurang-kurangnya AS$340 juta dalam ganti rugi punitif.

 

Primus berkata, pihaknya mengetahui berlaku penipuan Goldman pada bulan Mac lalu, apabila laporan akhbar mula memperincikan urusan membabitkan Leissner dengan Najib dan pemecatan sebagai Pengarah Urusan Goldman.

Leissner yang merupakan bekas naib pengerusi operasi Goldman di Asia, adalah bank utama dalam urus niaga 1MDB. Beliau melepaskan jawatan di Goldman selepas dipaksa bercuti pada Januari untuk “kenyataan tidak tepat dan tidak dibenarkan”.

LEAVE A REPLY