Sumber imej: FMT

Malaysia belum menerima sebarang permintaan dari Amerika Syarikat bagi mendapatkan maklumat atau bukti untukĀ  memfailkan saman sivil untuk mendapatkan kembali aset-aset yang dikatakan dikaitkan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menyatakan perkara ini dalam pertemuannya dengan Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Joseph Y. Yun di Kementerian Luar di Putrajaya semalam.

Sumber imej: https://www.facebook.com/WismaPutra1/posts/1067879973302999
Sumber imej: https://www.facebook.com/WismaPutra1/posts/1067879973302999

Pertemuan itu diadakan susulan sidang media oleh Peguam Negara Amerika Syarikat pada 20 Julai mengenai tindakan memfailkan saman sivil, menurut kenyataan dari kementerian.

“Bagaimanapun, Malaysia bersedia memberi kerjasama sepenuhnya dengan mana-mana siasatan ke atas syarikat-syarikat Malaysia selaras dengan protokol antarabangsa asalkan Malaysia dan Amerika Syarikat bekerjasama dalam perkara ini,” kata kenyataan itu.

Kementerian berkata Malaysia amat menghargai hubungan dua halanya dengan Amerika Syarikat dan meminta negara itu memperakui pelbagai langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia bagi menangani isu 1MDB.

LEAVE A REPLY