1MDB
Foto hadapan oleh WSJ

LOS ANGELES: Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat semalam memfailkan saman untuk merampas harta benda yang berkait dengan syarikat milik kerajaan Malaysia 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dianggarkan bernilai lebih USD1 billion.

Saman itu, difailkan di Los Angeles, berkata ia mahu merampas aset-aset yang “terbabit dalam dan boleh dikesan kepada suatu konspirasi antarabangsa untuk mengubah wang yang dilesapkan daripada 1MDB.”

Saman itu secara umumnya berkaitan salah laku yang didakwa berlaku sepanjang tempoh empat tahun dan melibatkan pelbagai individu, termasuk pegawai Malaysia dan rakan-rakan mereka, yang berkonspirasi untuk melencongkan berbilion dolar dengan tipuan daripada 1MDB.

1MDB
Saman difailkan kerajaan AS terhadap beberapa individu berkait 1MDB

Tiga nama telah difailkan dalam saman berkenaan setakat ini; anak tiri Dato’ Sri Najib Razak, Riza Aziz, Low Taek Jho atau Jho Low (pelabur dari Malaysia) dan Mohamed Badawy al-Husseiny. Seorang lagi individu, Khadem al-Qubaisi turut dinamakan dalam kes ini kerana bersubahat dalam beberapa kes salah guna dana ini. Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak walau bagaimanapun tidak dinamakan dalam saman ini.

Menurut saman yang difailkan tersebut, antara aset yang bakal dirampas termasuklah beberapa penthouses, banglo mewah, karya lukisan bernilai jutaan dollar dan jet peribadi jenama ‘Bombardier’ bernilai USD35 juta. Menurut laporan yang dikeluarkan Wall Street Journal, antara yang dibeli menggunakan dana 1MDB ini adalah lukisan karya Vincent Van Gogh, La maison de Vincent a Arles yang dibeli oleh Jho Low dengan harga USD 5,485,000 pada 20 December 2013.

Laporan itu turut menyatakan dana ini telah digunakan untuk membeli aset serta menanggung perbelanjaan hidup mewah beberapa individu yang berkaitan termasuk membeli karya lukisan dan barang kemas, membeli hartanah, membayar hutang perjudian di Las Vegas serta membayar artis untuk menyertai parti atau sesuatu majlis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here