1mdb
Foto hadapan oleh FMT

PETALING JAYA: Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan berkata tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dalam menyita aset berkait syarikat pelaburan milik negara 1MDB bernilai AS$1 bilion bukanlah satu bentuk campur tangan dalam urusan dalaman Malaysia, sebaliknya ianya adalah kerana penyelewengan itu berlaku di negara terbabit.

“Dia (Idris) tiba-tiba timbulkan mengenai Perang Teluk, kuasa besar, PBB, sedangkan Amerika tidak langsung masuk campur dalam apa yang berlaku di Malaysia.

“Saya rasa itu yang menyebabkan orang akan ketawakan kenyataan yang macam ini,” katanya.

1MDB
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad

Wan Saiful mengulas kenyataan Naib Presiden PAS Idris Ahmad yang menafikan parti itu membela Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak susulan langkah DoJ mendedahkan korupsi dan kecurian wang dalam 1MDB.

Idris berkata parti itu hanya mahu mengingatkan mengenai sejarah kuasa besar itu apabila melibatkan negara Islam.

“Siapa tidak kenal Amerika terhadap negara umat Islam. Kononnya Osama Bin Laden sembunyi di Afghanistan, apa yang terjadi selepas itu.

“Memburu kumpulan al-Qaeda di Iraq, selepas itu apa yang terjadi. Di Syria atas nama hendak memerangi IS, rakyat Syria menderita. Ini peringatan umum. PAS konsisten mengenai hal kedaulatan negara,” katanya.

Mengulas lanjut, Wan Saiful mengakui isu yang ditimbulkan Idris itu betul tetapi komen yang dibuatnya pada masa sekarang akan membuatkan pelbagai spekulasi.

“Spekulasi ini seolah-olah PAS tidak bersungguh-sungguh untuk menjadi parti pembangkang yang efektif. Jadi seolah-olah dia lebih banyak mempertahankan Najib dan saya tidak terkejut sekiranya ada orang yang menuduh mereka digula-gulakan Umno dan parti berkuasa.

“Walaupun mungkin tidak benar mereka menjadi pembela kepada Umno dan Najib, tetapi itulah implikasi kepada kenyataan yang tidak kena masa ini,” katanya.

 

LEAVE A REPLY