Batam
Foto oleh Reuters

Sekurang-kurangnya 18 orang mati dan berpuluh-puluh hilang selepas sebuah bot yang membawa hampir 100 pekerja asing disyaki karam dan tenggelam di perairan Batam, Indonesia, kata polis, semalam.

Bot laju tersebut membawa 93 penumpang dari Malaysia ke Batam, sebuah pulau di selatan Singapura, apabila ia tenggelam, kata ketua polis tempatan Sam Budi Gusdian.

“Lapan belas orang telah ditemui mati,” katanya kepada pemberita, dan menambah 39 penumpang telah diselamatkan.

Nasib 36 penumpang yang masih hilang yang lain masih tidak jelas. Pasukan mencari dan menyelamat telah menambah usaha untuk mencari mereka yang terselamat berkata Gusdian.

Polis mengesyaki bot itu terbalik kerana sesak diisi dengan pekerja asing dan keadaan laut ketika itu dikatakan bergelora.

Kepulauan Indonesia mempunyai lebih daripada 17,000 pulau, kebanyakan penduduk masih bergantung kepada bot sebagai sumper pengangkutan utama, tetapi kemalangan maut adalah perkara biasa.

Lebih daripada 60 orang meninggal dunia pada bulan Disember apabila ombak besar mengaramkan feri yang sedang melalui wilayah Sulawesi.

LEAVE A REPLY