separuh

Pelari pecut remaja negara, Khairul Hafiz Jantan berjaya mara ke separuh akhir acara 100 meter lelaki di Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Bydgoszcz, Poland.

Menurut laman web Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF), Khairul Hafiz berada pada kedudukan kesembilan terpantas dengan catatan 10.44 saat untuk layak ke separuh akhir, Rabu.

Dalam saingan akan datang, Khairul Hafiz perlu berada dalam kelompok enam terbaik untuk

mara ke final.
image via The Rakyat Post

Seorang lagi atlet negara, Badrul Hisyam Abdul Manap gagal mengikut jejak Khairul Hafiz apabila beliau ketinggalan 0.01 saat untuk berada dalam kelompok 24 terbaik.
Beliau terpaksa berpuas hati dengan catatan 10.66s.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here